Sunday, 13 December 2015

Sehati sejiwa

' Sehati sejiwa' sangat penting bagi sebuah negara. Sekiranya rakyat tidak sehati sejiwa perpaduan kaum tidak dapat diwujudkan. Perpaduan yang kukuh merupakan elemen yang sangat penting bagi menjamin kesejahteraan negara. Integrasi antara kaum bukan sahaja dapat menjamin keamanan malahan juga dapat meningkatkan imej sesebuah negara. 'Sehati sejiwa' merupakan ikatan, persatuan dan ada saling menghormati serta menjaga agar keharmonisan dapat dikekalkan dalam kalangan masyarakat.

'Sehati sejiwa' sering dijadikan sebagai tajuk kempen seperti kempen 'sehati sejiwa mewujudkan masyarakat harmoni' yang bertujuan untuk menyemaikan semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat. Contohnya melalui aktiviti gotong royong, semua masyarakat akan saling bekerjasama dan tolong menolong ketika aktiviti dijalankan.

Peranan ibu bapa juga penting untuk menannam semangat sehati sejiwa dalam kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak mereka. Contohnya, Ibu bapa mereka akan bertergur sapa dengan jiran sebelah rumah apabila bertemu. Ini dapat menunjukkan perpaduan antara bangsa dan agama yang berbeza juga dapat diwujudkan..


No comments:

Post a Comment