Sunday, 13 December 2015

Kampung Jenjarom, tempat saya membesar

Saya berasal dari kampung Jenjarom. Inilah tempat saya belajar, bermain dan membesar. Tempat ini penuh dengan kenangan indah saya. Dari saya belajar di tadika ke sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah semuanya berada di kampung ini. Rakan sepermainan saya dari kecil sampai besar semua juga belajar dan tinggal di kampung ini. Penduduk kampung ini semua saling berkenalan dan bertegur sapa apabila berjumpa.

Kampung saya terdapat pelbagai makanan yang sedap. Pada pasar pagi, saya akan bertolak awal pergi ke pasar membeli sarapan dan kuih muih yang saya suka. Kuih cina yang saya suka makan bernama ' you tiao' yang digoreng dengan ranggup dan dihidangi bersama dengan air soya panas ama enak rasanya dimakan pagi-pagi. Selain itu, terdapat juga pelbagai gerai yang menjual makanan seperti nasi lemak, char keoy tiaw dan sebagainya.

Selain itu, terdapat sebuah kuil yang terkenal di kampung saya yang bernama ' Fo Guang Shan Dong Zen temple' . Tokong ini dibina pada tahun 1994 dan terletak di kawasan seluas 16 ekar di Jenjarom. Setiap Tahun Baru Cina, kuil ini akan dipenuhi dengan pelancong yang datang dari pelbagai tempat untuk menjalankan sembahyang dan menghayati persembahan di kuil.

Kerjaya yang sesuai diceburi oleh golongan muda selepas tamat pengajian

Pekerjaan yang baik dapat menjamin masa depan seseorang. Oleh itu, keputusan yang diambil untuk memilih sebuah bidang juga sangat penting. Pekerjaan yang sesuai bukan sahaja dapat membantu meningkatkan ilmu mereka juga dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Bidang hartanah boleh dijadikan sebagai pilihan pertama sekiranya ingin melangkah lebih jauh. Ini adalah disebabkan bidang hartanah dapat memberi peluang kepada seseorang mengenai ilmu yang lebih mendalam mengenai asas hartanah dan seterusnya ilmu tentang penentuan nilaian. Dengan menguasai ilmu hartanah, seseorang itu dapat menceburi bidang yang lebih luas melaui bidang hartanah seperti pengurusan aset dan pengurusan pembangunan.

Seterusnya, mereka juga dapat menyertai mana-mana ejen hartanah atau firma penilaian sebagai perunding hartanah. Selain itu pekerjaan ini juga menliputi gaji dan bonus yang lumayan. Oleh itu, bidang ini sesuai diceburi untuk mereka yang ingin meningkatkan diri dan dari segi kehidupan.

Wanita bekerjaya di Malaysia

Wanita pada zaman ini tidak lagi ketinggalan dengan hanya duduk di rumah dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Kebanyakan wanita zaman baru telah mempunyai pekerjaan yang sendiri. Terdapat juga di kalangan mereka yang memegang jawatan yang lebih tinggi daripada golongan lelaki. Sealin itu, terdapat ramai wanita yang terlibat dalam pelbagai jenis pekerjaan. Mereka juga merupakan golongan yang dapat membantu menjana ekonomi negara.

Menurut Prf Madya DR Rafidah Hanim Pensyarah Fakulti perubatan dan sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berkongsi pandangan beliau tentang kejayaan golongan wanita di Malaysia dalam kerjaya dan keluarga. Beliau bersetuju bahawa wanita bekerjaya harus emikul pelbagai tugasan dalam satu masa selain berupaya membuat keputusan sendiri terhadap sebarang situasi. Cuma asas pentingnya adalah wanita bekerja perlu bijak mengimbangi komitmen pada tugas dan tanggungjawab pada keluarga.

Kesimpulannya, sumbangan wanita terhadap negara dan keluarga adalah banyak. Mereka juga dapat memberi sumbangan dalam aspek ekonomi, sosial dan politik.

Sehati sejiwa

' Sehati sejiwa' sangat penting bagi sebuah negara. Sekiranya rakyat tidak sehati sejiwa perpaduan kaum tidak dapat diwujudkan. Perpaduan yang kukuh merupakan elemen yang sangat penting bagi menjamin kesejahteraan negara. Integrasi antara kaum bukan sahaja dapat menjamin keamanan malahan juga dapat meningkatkan imej sesebuah negara. 'Sehati sejiwa' merupakan ikatan, persatuan dan ada saling menghormati serta menjaga agar keharmonisan dapat dikekalkan dalam kalangan masyarakat.

'Sehati sejiwa' sering dijadikan sebagai tajuk kempen seperti kempen 'sehati sejiwa mewujudkan masyarakat harmoni' yang bertujuan untuk menyemaikan semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat. Contohnya melalui aktiviti gotong royong, semua masyarakat akan saling bekerjasama dan tolong menolong ketika aktiviti dijalankan.

Peranan ibu bapa juga penting untuk menannam semangat sehati sejiwa dalam kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak mereka. Contohnya, Ibu bapa mereka akan bertergur sapa dengan jiran sebelah rumah apabila bertemu. Ini dapat menunjukkan perpaduan antara bangsa dan agama yang berbeza juga dapat diwujudkan..